Wednesday, June 11, 2008

Percaya atau tidak?

Golongan genius yang mempunyai tahap pemikiran luar biasa hingga menjangkau pemikiran masyarakat pada eranya tidak semestinya seseorang yang berjaya dalam akademik.

Rahsia

Barangkali, teknik menggoreng cili terlebih dulu dengan sukatan air asam jawa yang betul menyedapkan lagi masakan berkenaan. Saya percaya masih ramai lagi terutama anak muda yang masih belum mahir memasak asam pedas kegemaran ramai.

Fakta

Penyebaran maklumat tanpa sekatan ini menimbulkan persoalan kualiti dan kuantiti. Dari segi kualiti, timbul masalah tentang kesahihan, keaslian, kebolehpercayaan, ketepatan dan ketuntasan manakala dari segi kuantiti, wujud isu ketepuan dan kesesakan maklumat.

Sedekah

Bersedekah, adalah peluang untuk berbuat kebajikan. Jangan bakhil atau takut dengan bersedekah harta kita akan berkurang atau boleh menyebabkan kita menjadi miskin. Islam mencela golongan yang bakhil. Ini dijelaskan oleh Allah dalam firman-Nya melalui surah Ali-Imran ayat 180 yang bermaksud: "Sekali-kali janganlah orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari kurnia-Nya menyangka kebakhilan itu baik bagi mereka. Sesungguhnya, kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhil itu akan dikalungkan kelak di lehernya di akhirat kelak."

Kebangaan Malaysia

Masyarakat negara ini terkenal di serata dunia dengan budaya hidup serta budi pekerti yang lemah lembut dan bersopan santun. Inilah juga yang memikat banyak hati sehingga ada yang mengambil keputusan tinggal di sini kerana tautan yang tidak boleh dirungkai lagi.

Ekonomi mencabar?

Sistem kewangan Islam yang benar-benar adil serta berlandaskan syariat sepenuhnya ujar beliau, antara kuasa ekonomi baru yang dilihat perlu diberi perhatian dunia ini kerana RUNTUHNYA sistem kapitalis berasaskan riba di Amerika Syarikat (AS) dinilai banyak pihak sebagai kegagalan kepada satu sistem penguasaan kekayaan di kalangan kumpulan tertentu, sekali gus mendesak kepada satu sistem kewangan yang lebih adil dan stabil.

Keluarga bahagia

Sifat pengasih dan penyayang Allah adalah sifat yang pertama sekali ditonjolkan dalam al-Quran iaitu melalui ayat pertama yang bermaksud: “Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.” Senarai Asma-ul-Husna yang mengandungi 99 nama-Nya yang indah itu juga dimulai dengan Ar-Rahman dan Ar-Rahim (Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang).