Wednesday, June 11, 2008
Percaya atau tidak?
Golongan genius yang mempunyai tahap pemikiran luar biasa hingga menjangkau pemikiran masyarakat pada eranya tidak semestinya seseorang yang berjaya dalam akademik.
Rahsia
Barangkali, teknik menggoreng cili terlebih dulu dengan sukatan air asam jawa yang betul menyedapkan lagi masakan berkenaan. Saya percaya masih ramai lagi terutama anak muda yang masih belum mahir memasak asam pedas kegemaran ramai.
Fakta
Penyebaran maklumat tanpa sekatan ini menimbulkan persoalan kualiti dan kuantiti. Dari segi kualiti, timbul masalah tentang kesahihan, keaslian, kebolehpercayaan, ketepatan dan ketuntasan manakala dari segi kuantiti, wujud isu ketepuan dan kesesakan maklumat.
Sedekah
Bersedekah, adalah peluang untuk berbuat kebajikan. Jangan bakhil atau takut dengan bersedekah harta kita akan berkurang atau boleh menyebabkan kita menjadi miskin. Islam mencela golongan yang bakhil. Ini dijelaskan oleh Allah dalam firman-Nya melalui surah Ali-Imran ayat 180 yang bermaksud: "Sekali-kali janganlah orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari kurnia-Nya menyangka kebakhilan itu baik bagi mereka. Sesungguhnya, kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhil itu akan dikalungkan kelak di lehernya di akhirat kelak."
Kebangaan Malaysia
Masyarakat negara ini terkenal di serata dunia dengan budaya hidup serta budi pekerti yang lemah lembut dan bersopan santun. Inilah juga yang memikat banyak hati sehingga ada yang mengambil keputusan tinggal di sini kerana tautan yang tidak boleh dirungkai lagi.
Ekonomi mencabar?
Sistem kewangan Islam yang benar-benar adil serta berlandaskan syariat sepenuhnya ujar beliau, antara kuasa ekonomi baru yang dilihat perlu diberi perhatian dunia ini kerana RUNTUHNYA sistem kapitalis berasaskan riba di Amerika Syarikat (AS) dinilai banyak pihak sebagai kegagalan kepada satu sistem penguasaan kekayaan di kalangan kumpulan tertentu, sekali gus mendesak kepada satu sistem kewangan yang lebih adil dan stabil.
Keluarga bahagia
Sifat pengasih dan penyayang Allah adalah sifat yang pertama sekali ditonjolkan dalam al-Quran iaitu melalui ayat pertama yang bermaksud: “Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.” Senarai Asma-ul-Husna yang mengandungi 99 nama-Nya yang indah itu juga dimulai dengan Ar-Rahman dan Ar-Rahim (Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang).
Manusia dan Tuhan
Manusia hanya mampu untuk merancang tetapi Tuhan yang menentukan. Begitu juga pelaksanaan dan kejayaan dalam mencapai sebarang hasrat bergantung kepada keadaan sekeliling, nasib serta mentaliti manusia itu sendiri.
Berapa bah umur kita?
Aerobik, iaitu senaman yang memerlukan tahap kecergasan tinggi, lazimnya menjadi pilihan golongan muda dalam usaha mereka untuk kekal sihat dan cergas.
Begitu pun, berita baik bagi golongan warga emas terutama yang berdepan dengan gejala-gejala penuaan seperti nyanyuk, apabila kajian terbaru yang disiarkan dalam edisi terbaru British Journal of Sports Medicine, mendapati latihan aerobik yang kerap bukan saja menghindari penurunan fungsi otak disebabkan peningkatan usia, bahkan juga membantu mengembalikan kecergasan otak.
Begitu pun, berita baik bagi golongan warga emas terutama yang berdepan dengan gejala-gejala penuaan seperti nyanyuk, apabila kajian terbaru yang disiarkan dalam edisi terbaru British Journal of Sports Medicine, mendapati latihan aerobik yang kerap bukan saja menghindari penurunan fungsi otak disebabkan peningkatan usia, bahkan juga membantu mengembalikan kecergasan otak.
Fakta Sejarah
Datuk Paduka Mat Salleh adalah pejuang sejati yang sanggup mengorbankan nyawa kerana tidak mahu negeri ini terus diperintah Inggeris dan rakyat diseksa untuk kepentingan penjajah. Datuk Paduka Mat Salleh pandai bermain kata-kata dan bijak mengatur strategi peperangan dengan menggempur kubu penjajah sehingga dianggap pemberontak oleh Inggeris.
Subscribe to:
Posts (Atom)