Laman santai untuk berkongsi cerita, memenuhi ruang terluang, mengisi masa senggang dan menyalur maklumat terkini semasa lapang
Wednesday, June 11, 2008
Fakta
Penyebaran maklumat tanpa sekatan ini menimbulkan persoalan kualiti dan kuantiti. Dari segi kualiti, timbul masalah tentang kesahihan, keaslian, kebolehpercayaan, ketepatan dan ketuntasan manakala dari segi kuantiti, wujud isu ketepuan dan kesesakan maklumat.
Biabas (Bahasa Brunei) atau jambu batu . Tumbuh sekeliling pagar di halaman rumah keluargaku. Bagiku, ia merupakan ubat ketika kebabalan, dahannya kubuat pengumban mempelam, dan pucuknya dibuat tapal. Biabas juga mengeratkan erti kekeluargaan kami di mana semua sepupu datang jika teringin makan biabas. Antara sepupu yang kerap datang ketika kecilku dahulu, termasuklah anak cucu Ampuan Osman, cucu Ampuan Bunai,dan cucu Ampuan Usu Lumar.
No comments:
Post a Comment