Laman santai untuk berkongsi cerita, memenuhi ruang terluang, mengisi masa senggang dan menyalur maklumat terkini semasa lapang
Wednesday, June 11, 2008
Rahsia
Barangkali, teknik menggoreng cili terlebih dulu dengan sukatan air asam jawa yang betul menyedapkan lagi masakan berkenaan. Saya percaya masih ramai lagi terutama anak muda yang masih belum mahir memasak asam pedas kegemaran ramai.
Biabas (Bahasa Brunei) atau jambu batu . Tumbuh sekeliling pagar di halaman rumah keluargaku. Bagiku, ia merupakan ubat ketika kebabalan, dahannya kubuat pengumban mempelam, dan pucuknya dibuat tapal. Biabas juga mengeratkan erti kekeluargaan kami di mana semua sepupu datang jika teringin makan biabas. Antara sepupu yang kerap datang ketika kecilku dahulu, termasuklah anak cucu Ampuan Osman, cucu Ampuan Bunai,dan cucu Ampuan Usu Lumar.
No comments:
Post a Comment