Wednesday, June 18, 2008

Sukan

BEKAS juara WWE, John Cena tampil dengan kenyataan ‘paling lantang’ terhadap juara WWE ketika ini, Randy Orton dalam siaran Raw, Isnin lalu.Cena berjaya membuatkan ‘The Legend Killer’ itu tergamam selepas menjatuhkan Mark Henry - kononnya lelaki paling kuat di dunia - dengan penyudah STFU. Lebih menyakitkan hati Orton apabila Cena secara lantang mengatakannya dengan jelas bahawa: “Saya 100 peratus...Saya lebih fokus berbanding sebelumnya kerana buat pertama kali bukan saya yang diburu.

Monday, June 16, 2008

Tokoh

Abdul Samad memulakan karier dalam bidang kewartawanan sebagai pemberita kadet Utusan Melayu semasa berusia 16 tahun, selepas menamatkan pengajian Senior Cambridge. Beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Samad menjadi wartawan terkenal, tokoh sasterawan dan pejuang Bahasa Malaysia, aktivis politik dan kesatuan sekerja, pejuang hak asasi selain menjadi pembekal senjata kepada pejuang kemerdekaan Indonesia dalam tahun 1940-an.

Sunday, June 15, 2008

Petua?

Berfikir positif terhadap tidur itu sendiri, tanpa rasa bersalah melakukannya. Kajian di Sekolah Perubatan, Universiti Athens, menunjukkan mereka yang tidur pada waktu tengah hari dapat mengurangkan kebarangkalian ditimpa sakit jantung sebanyak 30 peratus.

Apa itu LELAKI

Kaum lelaki sentiasa melakukan perkara-perkara mencabar untuk menguji ketahanan diri dan mental. Namun sebaliknya apa yang dikejar itu adalah pengetahuan berharga mengenai keajaiban alam semula jadi dan rahsia di sebalik kewujudannya.
Salah satu destinasi paling mencabar dan penuh misteri bagi penjelajah moden adalah dunia lautan kerana masih terlalu banyak enigma yang masih belum terungkai oleh manusia.

Wednesday, June 11, 2008

Percaya atau tidak?

Golongan genius yang mempunyai tahap pemikiran luar biasa hingga menjangkau pemikiran masyarakat pada eranya tidak semestinya seseorang yang berjaya dalam akademik.

Rahsia

Barangkali, teknik menggoreng cili terlebih dulu dengan sukatan air asam jawa yang betul menyedapkan lagi masakan berkenaan. Saya percaya masih ramai lagi terutama anak muda yang masih belum mahir memasak asam pedas kegemaran ramai.

Fakta

Penyebaran maklumat tanpa sekatan ini menimbulkan persoalan kualiti dan kuantiti. Dari segi kualiti, timbul masalah tentang kesahihan, keaslian, kebolehpercayaan, ketepatan dan ketuntasan manakala dari segi kuantiti, wujud isu ketepuan dan kesesakan maklumat.