Tuesday, May 6, 2008
Erti kualiti
Pengurusan kualiti merupakan ilmu yang menjadi kajian spesifik oleh beberapa orang pakar. Pakar-pakar tersohor yang menjurus kepada bidang kualiti ini dipanggil sebagai Mahaguru Kualiti (Quality Gurus). Antaranya ialah W. Edwards Deming, Joseph M Juran, Philip Crosby dan Kaoru Ishikawa. Kualiti pada makna yang mudah adalah apabila sesuatu produk itu boleh menjalankan fungsinya. Contohnya, jika kita membeli sebatang pen dan pen tersebut boleh mengeluarkan dakwat untuk kita menulis, maka pen tersebut dikatakan berkualiti. Ini bersesuaian dengan definisi kualiti oleh Joseph M Juran iaitu kualiti ialah apabila sesuatu produk atau perkhidmatan itu sesuai atau boleh digunakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment