Tuesday, May 6, 2008

Menurut PAKAR

Pakar ekonomi, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, pengurusan ke atas ekonomi sebenar yang melibatkan tekanan inflasi dan pengangguran patut diberikan keutamaan.
"Ini kerana, ia (ekonomi sebenar) membabitkan soal kepentingan rakyat, oleh itu, kalau peminjaman diperlukan bagi mengharungi krisis ekonomi, kita seharusnya berbuat demikian," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

JERUK BAMBANGAN

Bagaimana membuat jeruk bambangan
1.Pilih buah bambangan yang sederhana masak
2.Basuh kulitnya sebersih mungkin
3.Kupas kulitnya nipis-nipis tetapi jangan dibasuh selepas itu
4.Hiris buah bambangan ikut suka
5.Belah biji bambangan dan ambil bijinya
6.Parut biji buah bambangan tadi
7.Gaul hirisan isi bambangan dengan parutan isi bambangan dengan garam yang sedikit masin
8.Muatkan ke dalamm botol yang kemudiannya ditutup rapat
9.Biarkan seminggu dalam keadan cuaca bilik sebelum jeruk itu boleh dimakan

Erti kualiti

Pengurusan kualiti merupakan ilmu yang menjadi kajian spesifik oleh beberapa orang pakar. Pakar-pakar tersohor yang menjurus kepada bidang kualiti ini dipanggil sebagai Mahaguru Kualiti (Quality Gurus). Antaranya ialah W. Edwards Deming, Joseph M Juran, Philip Crosby dan Kaoru Ishikawa. Kualiti pada makna yang mudah adalah apabila sesuatu produk itu boleh menjalankan fungsinya. Contohnya, jika kita membeli sebatang pen dan pen tersebut boleh mengeluarkan dakwat untuk kita menulis, maka pen tersebut dikatakan berkualiti. Ini bersesuaian dengan definisi kualiti oleh Joseph M Juran iaitu kualiti ialah apabila sesuatu produk atau perkhidmatan itu sesuai atau boleh digunakan.

Maklumat falasafah

Sebenarnya orang yang berjaya lebih kerap gagal berbanding orang tidak berjaya. Ini kerana mereka lebih banyak mencuba daripada mereka yang tidak berjaya.